Home » » Betul Ke Holy Water Memurtadkan Muslim Malaysia?

Betul Ke Holy Water Memurtadkan Muslim Malaysia?

Written By Ridha Illahi on Sabtu, 14 Juli 2012 | 10.46



Suatu artikel yang sangat baik berkenaan Holy Water di dalam masyarakat Melayu yang ditulis oleh Sdr Firdaus di dalam blog beliau pada 10 Februari 2009 [Link ke blog asal].

Pada hari ini sekiranya ditanya orang-orang melayu di malaysia "apakah itu holy water," nescaya majoriti mereka akan menjawab ianya satu jenis air yang digunakan oleh mubaligh2 kristian untuk memurtadkan orang2 Islam.



Mereka yang meminum atau terminum holy water akan kelu lidah dan tidak boleh mengucapkan 2 kalimah syahadah.

Kisah ini kelihatan seolah2 "mutawatir" kerana ia disebarkan di merata-rata termasuk di internet, sms, dan di masjid2 dan surau2. Ini menyebabkan majoriti masyarakat melayu menganggap ianya benar, sedangkan kisah ini tidak diketahui dari mana sumber asalnya.

Malah terdapat juga email2 yg disebarkan yg mengatakan mineral water berjenama *****mengandungi holy water... ia seolah2 menjadi satu strategi untuk mensabotaj perniagaan orang2 tertentu.

Suatu masa dahulu, saya dan rakan2 selalu ke gereja untuk menghadiri "usrah" agama kristian. Hampir setiap minggu kami ke sana. Kami telah makan dan minum segala yang dihidangkan selagimana pada zahirnya makanan2 tersebut adalah halal.

Namun, kami masih lagi kekal dalam akidah Islam. Kami merasa lebih menghargai keindahan dan'kelogikan' agama Islam jika dibandingkan dengan agama lain. Malah, kehadiran kami di sana cukup memeningkan kepala pihak mereka yang sedang berusaha dengan cukup gigih untuk mengkristiankan kami.

Mungkin mereka 'terlupa' memasukkan holy water dalam makanan dan minuman kami.

Upacara pembaptisan menggunakan holy water


Pada hari ini kita dapat melihat seolah-olah masyarakat kita dididik untuk percaya kepada khabar angin. Kemudian khabar angin itu disebarkan sehingga setiap orang memperkatakan tentang khabar angin tersebut. Lalu, masyarakat menganggapnya seolah-olah "mutawatir" sedangkan khabar itu datang dari hanya satu sumber, atau tidak diketahui dari mana sumbernya.

Ini berlaku dalam pelbagai isu termasuk isu agama, politik, isu semasa, hiburan dan sebagainya.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mendidik diri kita untuk kritikal terhadap setiap maklumat yang kita terima.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
[al-Hujurat 49:6]

Dalam isu holy water ini, cuba kita berfikir secara kritikal...


1) Adakah Allah tidak adil?

Seseorang hanya boleh murtad hanya kerana terminum holy water, lalu diazab oleh Allah di neraka. Ini bercanggah dengan ajaran Islam. Firman Allah:

Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al Qur'an) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu".
(Yunus 10:108)


2) Holy water hanya ada di Malaysia?

Kisah gerakan kristian bagi memurtadkan orang2 Islam dengan menggunakan holy water ini hanya boleh didengari di Malaysia sahaja.

Malaysia bukanlah negara besar. Sekiranya cara ini efektif, mengapa ia tidak digunakan di negara2 lain? Mengapa kisah ini hanya tersebar di sini?


3) Amerika tidak perlu bom Iraq.

Amerika telah membelanjakan bertrillion USD bagi menakluk Iraq dan Afghanistan.

Sepatutnya, mereka tidak perlu melakukan semua itu. Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah memasukkan holy water dalam empangan2 di Iraq, lalu semua tentera, rakyat dan pemimpin Iraq memeluk agama kristian. Oleh itu, tentera2 amerika boleh masuk ke dalam Iraq dengan aman.


4) Orang Kristian tidak cerdik

Kisah2 orang yang murtad disebabkan oleh holy water yang tersebar hanyalah berkisar tentang orang2 Islam biasa.

Seharusnya orang2 kristian mensasarkan kepada orang2 Islam yang besar, terutama dari kalangan para ulama. Mungkin mereka hanya perlu memasukkan holy water ke dalam minuman atau makanan Yusuf al-Qaradhawi, Said Ramadhan al-Buti, Wahbah a-Zuhaily, Harussani dsb, kemudian berkata "Tengok... you punye scholars pun dah masuk kristian.. you bila lagi??"


5) Bagaimana pula paderi2 yang memeluk Islam?

Sebagaimana yang kita ketahui, terdapat ramai bekas2 paderi kristian telah memeluk Islam. Mereka telah pun minum bergelen-gelen holy water.

Namun, lidah mereka masih lagi tidak kelu mengucapkan 2 kalimah syahadah. Malah, tidak kurang juga dari kalangan mereka yang telah menjadi pendakwah2 Islam yang hebat!


Banyak lagi kecelaruan dalam kisah holy water ini.

Saya berasa sangat kecewa kerana sehingga hari ini saya masih lagi menerima email2 tentang dakyah holy water ini.

Berhati-hatilah sebelum memforwardkan email yang anda terima. Mungkin niat anda baik. Tapi ingatlah hadis Nabi SAW berikut:

“Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang
yang menceritakan segala yang dia dengari
(tanpa mengkaji benar atau tidak)”
[Sahih Muslim, 5]


Link ke laman blog asal [LINK].

Saya ucapkan terima kasih kepada Sdr Firdaus di atas penulisan beliau yang sungguh bernas itu. Semoga Allah memberkati Sdr Firdaus.
Share this article :

0 komentar:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : R Merah
Proudly powered by R Merah
Copyright © 2011. R Merah - All Rights Reserved
Template Design by Raa Pramuja Published by Adam Pramuja